Thursday 10 April 2014

Sesenduk Madu

Kisah ini adalah kisah tentang seorang raja dan sesenduk madu. Alkisah, pada suatu ketika seorang raja ingin menguji kesedaran warganya. Raja memerintahkan agar setiap orang, pada suatu malam yang telah ditetapkan, membawa sesenduk madu untuk dituangkan dalam sebuah bejana yang telah disediakan di puncak bukit ditengah kota. Seluruh warga kota pun memahami benar perintah tersebut dan menyatakan kesediaan mereka untuk melaksanakannya.

Tetapi dalam fikiran seorang warga kota (katakanlah si A) terlintas suatu cara untuk mengelak, "Aku akan membawa sesenduk penuh, tetapi bukan madu. Aku akan membawa air. Kegelapan malam akan melindungi dari pandangan mata seseorang. Sesenduk air pun tidak akan mempengaruhi bejana yang kelak akan diisi madu oleh seluruh warga kota."

Tibalah waktu yang telah ditetapkan. Apa kemudian terjadi? Seluruh bejana ternyata penuh dengan air. Rupanya semua warga kota berpikiran sama dengan si A. Mereka mengharapkan warga kota yang lain membawa madu sambil membebaskan diri dari tanggungjawab.



Kisah simbolik ini dapat terjadi bahkan mungkin telah terjadi, dalam berbagai masyarakat manusia. Dari sini wajar jika agama, khususnya Islam, memberikan petunjuk-petunjuk agar kejadian seperti di atas tidak terjadi:

Monday 6 January 2014

Segalanya Soal Hati..

Syukur itu letaknya di hati..
Hati tidak boleh dipaksa melainkan disedarkan dengan rela.
Orang yang tidak bersyukur hakikatnya buta "mata hati".
Dia tidak dapat melihat nikmat yang melimpah di hadapan mata sendiri.

~ Umpama kelawar yang tidak dapat melihat pada siang hari bukan kerana siang itu gelap, tetapi terlalu terang ~

Begitulah orang yang tidak bersyukur, mereka tidak dapat melihat kelebihan kerana mereka sedang tenggelam oleh kelebihan itu.

Mulutnya hanya menuturkan:
" Susah, sakit, malang..... ", tanpa menyedari bahawa mereka masih mempunyai lidah untuk mengeluarkan kata-kata itu!

#Muhasabah diri


Inteam - Iman Aman

Wednesday 1 January 2014

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam (Bahagian 1)

Falsafah Perkahwinan Dalam Islam

Firman Allah S.W.T.
'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.'
(Yaasin: 36)

Jika kita perhatikan kejadian di langit dan di bumi, jelas menampakkan kebenaran ayat ini. Setiap yang kita saksikan ada pasangannya. Keadaan tanah di bumi, tidak sama rata semuanya, bahkan dijadikan berpasangan antara tinggi dan rendah. Di suatu kawasan penuh dengan tumbuhan menghijau. Di kawasan yang lain berpadang pasir. Daratan berpasangan dengan lautan. Pokok-pokok yang meliputi bumi ini ada yang jantan dan betina. Kemudian Allah jadikan pula malam berpasangan dengan siang meliputi alam ini. Binatang-binatang yang hidup di daratan dan di lautan juga berpasangan jantan dan betinanya. Demikian pula manusia. Atom yang sangat halus yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan terdiri dari komponen-komponen yang berpasang-pasangan.

Jika kita bertanya apakah hikmat Allah S.W.T. menjadikan berbagai-bagai jenis kejadian ini dalam keadaan berpasangan? Kita sudah tentu dapat memahaminya dengan mudah. Cuba kita bayangkan bagaimana keadaan alam ini sekiranya ia sentiasa dalam keadaan malam, bumi berkeadaan pamah, semuanya berpadang pasir Manusia semuanya lelaki atau semuanya perempuan. Keadaan dunia seperti ini tentu membosankan dan kejadian ini tidak melahirkan keturunan. Manusia akan hapus dalam jangka waktu yang singkat. Dengan adanya pasangan, dunia kelihatan indah dan sesungguhnya kejadian Allah S.W.T. ini sangat indah.

Lelaki Dan Perempuan Dalam Kejadian Manusia

Dengan memberikan sedikit peihatian kepada kejadian alam ini, anda pasti mengerti mengapa anda dijadikan lelaki atau perempuan. Kedua-duanya dari acuan yang sama iaitu manusia yang dibentuk dari unsur-unsur kemanusiaan. Tetapi yang satunya berwatak keras dan yang satu lagi lemah gemalai. Gerak langkah melambangkan kekuatan dan gerak langkah wanita melambangkat,i keindahan. Sifat-sifat tersendiri yang ada pada lelaki dan wanita itu menunjukkan bahawa kekuatan lelaki dijadikan sebagai pelindung kecantikan wanita.

Betapa indahnya kehidupan manusia ini dengan adanya pasangan di dalam kejadiannya. Betapa jemu dan bosan kehidupan ini jika yang menjadi penghuni alam lelaki semuanya, atau perempuan semuanya. Jadi, kejadian berpasangan antara lelaki dan perempuan it merupakan ramuan yang mengindahkan kehidupan. 

Allah S.WT. berfirman:
'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '
(ar-Ruum:21)

Kejadian berpasangan juga sebagai saluran untuk meneruskan keturunan manusia.Allah S.WT. berfirman:
'Wahai manusia bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu semua dari jiwa yang satu dan dijadikan daripadanya pasangannya dan berkembang daripada keduanya banyak lelaki dan perempuan... '
(An-Nisa':1)

Dengan keterangan di atas jelas sekali hikmatallah menjadikan manusia dari lelaki dan wanita, pertama untuk memperindahkan kehidupan manusia itu sendiri. Kedua untuk mengekalkan ketuninan manusia di dalam jangka waktu yang panjang sehingga Allah S.W.T. menentukan berakhirnya sejarah manusia di bumi ini. Ini semuanya adalah rahmat Allah S.WT. kepada manusia yang diamanahkan untuk mengendalikan ulusan di bumi sebagai khalifah-Nya.


Friday 13 December 2013

Ya Allah.. Bantulah HambaMu Ini

Sedalam mana pun kita jatuh cinta
Biarlah cinta itu jatuh pada paksinya
Allah
Ibu bapa
Keluarga
Sahabat
Dan selebihnya
Bukan pada cinta yang mengheret kita menjadi ahli neraka
Sedarla!
Bangun dari diulit mainan cinta yang tah ke mana
Dan cintailah yang maha Esa





Thursday 12 December 2013

Allah SWT Tempatku Memohon Pertolongan..



Ya Allah, ya Tuhan, yang dapat mengembalikan tiap barang yang kelupaan atau yang hilang, memberi petunjuk jalan kepada yang tersesat, sudilah memulangkan padaku barang milikku demi kemampuan dan kekuasaan-Mu. Sebab itu adalah pemberian dan anugerah-Mu.

Wednesday 11 December 2013

Success is living up to your potential...



“Mengharapkan yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang” pengharapan yang sepatutnya sudah tidak ada dalam kamus kehidupan seorang individu muslim. Peribahasa Melayu ada mengatakan “ Kalau tidak dipecahkan ruyong manakan dapat sagunya”, begitu juga dengan kejayaan , tidak mungkin akan dapat diperolehi dan dikecapi tanpa adanya usaha dan pengorbanan.bak kata pepatah Arab “Mengharapkan kejayaan tanpa adanya usaha ibarat mengharapkan kapal belayar di daratan”. Satu perkara yang boleh dikatakan mustahil akan berlaku.

Sabar Kunci Kebahagiaan



Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa’ ayat 54 bermaksud, “Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?” Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya. Hal ini kerana, dia tidak pernah merasa bersyukur di atas apa yang dimilikinya, sebaliknya dia mewujudkan perasaan dengki dan iri hati terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain.Dalam Islam, sifat hasad dengki adalah tercela dan tergolong dalam amalan-amalan orang munafik. Banyak keburukan yang diperolehi akibat daripada perbuatan dengki dan iri hati ini kerana sifat dengki dan iri hati boleh mengakibatkan perpecahan ummah. Sifat ini juga boleh mewujudkan perasaan dendam, berprasangka buruk dan permusuhan terhadap individu lain.

Allah berfirman yang bermaksud, “Yang paling aku takut dari apa yang aku takut pada umatku ialah yang banyak harta pada mereka, lalu mereka saling berdengki dan berbunuh-bunuhan.” (HR. Ibnu Abid Dunya an Amir Al-Asy’ari) Islam mengharuskan umatnya mempunyai perasaan dengki terhadap orang lain kepada dua perkara sahaja, iaitu terhadap ilmu dan harta kekayaan yang dimiliki oleh orang lain. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada dengki selain daripada dua perkara, iaitu orang yang diberikan harta oleh Allah SWT lalu dikuasainya harta itu pada kebenaran dan orang yang diberikan ilmu oleh Allah SWT lalu diamalkan ilmu itu dan diajarkan kepada manusia.”